Thursday, 8 December 2011

RPH MATEMATIK TAHUN 4 & REFLEKSI PENGAJARAN

Matapelajaran : Matematik
Tahun : 4
Topik : Bentuk dan Ruang
Sub topik :Mengukur dan merekod perimeter .
Masa :7.30 – 8.30 pagi
Objektif :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat mengukur dan merekod perimeter bagi bentuk:
1) segiempat sama
2) segiempat tepat
3) segitiga
Kaedah : Pendekatan Masteri
BBM : Pembaris, benda maujud, LCD, laptop, lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada :Murid telah mengenali jenis-jenis bentuk.

Aktiviti:

Set induksi


Matapelajaran : Matematik
Tahun : 4
Topik : Bentuk dan Ruang
Sub topik :Mengukur dan merekod perimeter .
Masa :7.30 – 8.30 pagi
Objektif :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat mengukur dan merekod perimeter bagi bentuk:
1) segiempat sama
2) segiempat tepat
3) segitiga
Kaedah : Pendekatan Masteri
BBM : Pembaris, benda maujud, LCD, laptop, lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada :Murid telah mengenali jenis-jenis bentuk.

Aktiviti:

Set induksi

1. Guru mengedarkan sejumlah pensel warna kepada murid.
2. Murid dikehendaki mengagihkan pensel warna tersebut sama banyak.
3. Guru menyoal murid berapa batang penselkah yang terdapat dalam setiap cawan.
4. Murid menulis ayat Matematik operasi bahagi di papan tulis.
5. Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini yang melibatkan pembahagian nombor empat digit dengan nombor satu digit.

Langkah 1:

1. Guru menerangkan cara membahagi nombor empat digit dengan satu digit tanpa baki
di papan tulis.

Contoh : 4862 ÷ 2 =

2. Guru menerangkan dengan contoh yang lain.

4286 ÷ 2 =
6336 ÷ 3 =
4484 ÷ 4 =
8848 ÷ 4 =

Langkah 2 :

Aktiviti kumpulan:

1. Murid mencuba latihan interaktif untuk lebih memahami cara membuat operasi
bahagi
2. Murid akan cuba menyelesaikan soalan dalam masa yang ditetapkan di bawah
pemantauan guru.
3.Selepas tamat tempoh masa,guru akan melihat jumlah skor yang diperolehi oleh
setiap kumpulan.

Langkah 3:

1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid untuk menguji pemahaman
mereka.
2.Murid yang dapat menjawab semua soalan dengan betul akan diberi set soalan lain
sebagai pengukuhan.
3.Murid yang tidak dapat menjawab soalan akan diberi aktiviti pemulihan
dengan menerangkan semula cara membahagi.

Penutup :

1.Guru menulis soalan operasi bahagi nombor empat digit dengan satu digit di papan
tulis.
2.Murid dipilih secara rawak untuk menyelesaikannya di papan tulis.

Soalan:
1. 4224 ÷ 2 =
2. 8448 ÷ 4 =
3. 6339 ÷ 3 =
4. 9663 ÷ 3 =
5. 2668 ÷ 2 =

Refleksi Pengajaran :

1. Isu / Perkara yang difokus:

Pencapaian murid menguasai hasil pembelajaran.


2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Sesi pengajaran saya hari ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang dan murid dapat mengikuti aktiviti pengajaran dengan penuh disiplin. Penyediaan aktiviti kumpulan telah menarik minat murid untuk mengikuti pelajaran seterusnya.


2.2 Kelemahan:

Daripada pengajaran hari ini saya dapati masih terdapat beberapa orang murid yang belum menguasai kemahiran bahagi dengan baik. Hal ini telah dikenalpasti melalui lembaran kerja murid yang telah saya semak. Kemungkinan murid dari kumpulan lemah ini masih belum dapat mengikuti aktiviti pengajaran hari ini bersama dengan murid lain. Saya mula berfikir bahawa sepatutnya saya lebihkan tumpuan kepada murid yang lemah berbanding dengan murid dari kumpulan yang dikategorikan murid yang pandai.

3. Cadangan penambahbaikan:

Pada pengajaran yang akan datang saya akan menyediakan aktiviti khas untuk murid yang lemah ini misalnya guru mengulangi penyampaian pengajaran secara individu dengan murid yang berkaitan sehinggalah murid benar-benar telah menguasai konsep yang diajar.

No comments:

Post a Comment