Friday, 9 December 2011

RPH MUZIK TAHUN 2 & REFLEKSI PENGAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MUZIK TAHUN 2

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Kelas : Dua
Masa : 10.50 – 11.50 pagi
Aspek : Pengalaman muzikal
Item : 2.1.2 Menyanyi secara muzikal - melodi
Tajuk Lagu : Anak Itik Tok Wi
Kemahiran : Menyanyi dengan sebutan yang jelas dan tepat.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh:
1. Menyanyi lagu mengikut melodi dengan betul sambil
melakukan gerakan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MUZIK TAHUN 2

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Kelas : Dua
Masa : 10.50 – 11.50 pagi
Aspek : Pengalaman muzikal
Item : 2.1.2 Menyanyi secara muzikal - melodi
Tajuk Lagu : Anak Itik Tok Wi
Kemahiran : Menyanyi dengan sebutan yang jelas dan tepat.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh:
1. Menyanyi lagu mengikut melodi dengan betul sambil
melakukan gerakan.

Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid pernah menyanyi melodi lagu mengikut rentak dari
CD.
Strategi : Kecerdasan pelbagai.
Nilai Murni : Kerjasama, berkeyakinan
Alat Bantu Mengajar: Laptop.

Langkah Pengajaran :

Set Induksi (5 minit)

1. Guru menayangkan potongan klip video ‘The Ugly Duckling’ melalui slaid
powerpoint.
2. Guru bersoaljawab dengan murid serta mengaitkan cerita yang ditayangkan dengan
pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

Langkah 1 (5 minit)

1. Guru menayangkan slaid powerpoint lirik lagu ‘Anak Itik Tok Wi’.
2. Guru memainkan rakaman lagu ini secara keseluruhan.

Langkah 2 (10 minit)

1. Guru memainkan notasi lagu baris demi baris melalui slide powerpoint yang
ditayangkan.
2. Murid mendengar dengan teliti.
3. Guru membimbing murid menyanyikan lagu dengan hummingkan ‘la’ mengikut notasi
lagu yang dimainkan.

Langkah 3 (10 minit)

1. Guru menayangkan slide powerpoint baris lagu.
2. Guru membimbing murid membaca dan menyanyikan baris demi baris lagu yang
dipaparkan.
3. Guru memilih beberapa orang murid menyanyikan baris lagu tersebut dan diulangi
dengan baris-baris berikutnya.
4. Guru membimbing murid menyanyi keseluruhan lagu.
5. Murid menyanyikan keseluruhan lagu.
6. Guru mengesan kesalahan pitch, sebutan semasa nyanyian.

Langkah 4 (10 minit)

1. Guru meminta murid melakukan gerakan bebas berpandukan lirik lagu.
2. Guru menunjukkan gerakan sebenar berpandukan lirik lagu.
3. Murid meniru dan melakukan gerakan yang dilakukan oleh guru.
4. Murid menyanyikan lagu sambil melakukan gerakan dengan bimbingan guru.

Langkah 5 ( 15 minit)

1. Guru mengagihkan helaian kerja kepada semua murid.
2. Guru meminta murid menyambung titik-titik mengikut turutan nombor dan mewarnakan
gambar yang terhasil.
3. Murid memotong dan menampal gambar dalam buku nota.

Penutup (5 minit)

1. Guru menayangkan klip video lagu ‘Anak Itik Tok Wi’ dan meminta murid
menyanyikan lagu ini sambil melakukan gerakan.


Refleksi pengajaran:


1. Isu / Perkara yang difokus:

Strategi pengajaran guru dan disiplin murid sepanjang mengikuti pengajaran
guru.


2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan pengajaran yang telah saya lakukan ialah dari segi pemilihan aktiviti dan strategi pengajaran yang telah memberi kesan yang positif kepada murid. Turutan aktiviti pengajaran yang bermula dengan hamming seterusnya menyanyikan lagu mengikut lirik dan melakukan pergerakan sebagai aktiviti pengajaran yang terakhir telah menjadikan murid terhibur dan seronok mengikuti sesi pengajaran saya hari ini.
2.2 Kelemahan:

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan pengajaran ini pula ialah dari segi kawalan disiplin murid yang kurang memuaskan. Kawalan disiplin murid dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Terdapat beberapa orang murid yang menyanyi sesuka hati sehingga menyanyi dengan suara menjerit telah menimbulkan sedikit kebisingan di dalam kelas

3. Cadangan penambahbaikan:

Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikkan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran hari ini, penambahbaikkan yang perlu dilakukan ialah saya perlu lebih tegas dengan memberi beberapa peringatan kepada murid untuk menjaga tingkah laku yang lebih baik. Saya juga akan bergerak dan berada lebih dekat dengan murid daripada hanya duduk dan berdiri di hadapan kelas sahaja. Ini bertujuan agar saya dapat mengenalpasti cara murid menyanyi dan bukannya menjerit.

No comments:

Post a Comment